VISITOR

Tuesday, March 1, 2011

Bermula la satu kisah dimana time aku membelog antry neh mood aku sangat la zero dan tension mula sebati dengan aku.... Yaaa, mereka semakin sebati kerana bole dikatakan tiap-tiap minggu aku sangat la tension dan teramat la tension.. Sangat bekerjasamakan antara tension dan aku sehingga makin hari makin serasi kami =_=

DAMM!!!

Tadi baru je abis test marketing dengan kuiz account! Bertambah la rasa tension! Sumpah time jawab tadi rasa diri amat la BODOH !  Tak tawu kenapa, even GulaHati da tenangkan pun tetap rasa camtu gak..

YA ALLAH!

Nasib baik la ada belog cabuk neh untuk lepaskan segala rasa kan... even mood zero sezeronya tapi tetap nak meluahkan...  :( 
Rasa nak menangis sangat ! Ouh! Emosi ape la seyh buat aku camnikan ! 
Tapee... Tapee, aku oke :)

Hope esok bawa ketenangan !

AMIN

:'(


Monday, February 28, 2011

entry untuk SAYANG SAYA :)

siapa sayang saya neh? *wingg~wingg~wingg* sayang saya MAK dengan BAPAK, NUR FAHIMA ABDUL RAHMAN dan AZWAN YASAK kalian diminta bertenang yaa, kalian tetap dihati dan always saya sayang <33 . Tapi sayang kali neh, saya pun always sayang : ) tadi tengah sibuk nak mengepoh, dengar suara sayang saya ni, beli karipap kat akak KB(ketua blok) .

'akak, karipap lain ada tak?' 

suara si comel da berbunyikan..heee   Si comel sayang sedang lapar tahap gaban la kan tuu :) pastu ada la si bestfriend kepada sayang saya neh berkata 

'dia semput taw mai, da bagi gas pun tak jalan * gas ke name dia? sumpah tak tawu! main pakai bubuh je kan, :) ala bende yang budak-budak semput dok sedut tu kan...huhu..sian sayang saya <33* 

tengok awak pun tercungap-cungap sayang! tapee awak tetap dalam doa saya taw... :)
SAYANG <3

terima kasih banyak tolong saya taw, dan jugak tentang belog cabuk neh... 
terima kasih taw masih lagi nak amek tawu tentang saya dan masalah saya..

TERIMA KASIH AMAEYNA CHIK RUS <3

*tak dapat nak pos gambar awk :(*




Monday, February 14, 2011

MISS this BUDDYZ

lame sangat tak membelog ni......kali ni memang nak sangat luahkan, lame sangat da simpan 

benar-benar dan tiada yang benar melainkan benar nak cerita ni * gelikan, maaf  +__+ * rindu sangat dengan mereka-mereka neh!!  MEREKA <3


sayang sangat-sangat
mak ngan bapak :)


bestives ever :)
like ur RED dear 


JantungHatiSaya <3

rindu sangat-sangat neh! nak peluk, nak cium ! doakan MEREKA sentiasa dengan aku :) 

Wednesday, December 22, 2010

WHAT THE HELL MAN!

secara jujurnya aku amat la marah dan tersangat la marah ketika menulis untuk entry kali ni!


KENAPA?



oke, nak dijadikan cerita aku sangat la dan terlalu la excited untuk cuti krismas ni


KENAPA?



1. perasaan untuk jumpe family termasuk king amat la berkobar-kobar, sehinggakan makan tak kenyang dan mandi tak basah
*serabai*
2. aku punye bestfriend ever, NUR FAHIMA BTE ABDUL RAHMAN turut pulang untuk meraikan cuti ini jadi perasaan semakin melonjak hingga dua tiga hari ni kat kepala otak nampak wayang kat CS jeee


jadi adakah disebabkan itu aku marah?


KENAPA?


tidak. bukan sebab tu nak marah tapi geram sangat


KENAPA?


mari lihat 
+__+

tadi kat kelas time nak pegi kelas poli bridget tibe-tibe satu suara lalat, sesungut, dan  langau atau apa-apa sahaja serangga la kan mengeluarkan dialog berbunyi begini :

'eh, tadi cikgu communicative english call aku cakap hari jumaat dari pukul 2 hingga 4 petang nak buat kelas ganti'



wait..... .....wait..... ....wait..... ....wait...... .....




tadi aku cakap ape?

ya! 

aku nak balik cuti krismas! 25 Disember jatuh pada hari sabtu, korang bole terfikir tak kalau la kelas abis pukul 4, perjalanan dari melaka ke johor bahru ambil masa sekurangnya 2 jam lebih, itu tak termasuk nak tunggu scubedubedu dan perjalanan bas hantar kitorang pergi melaka sentral! serupa aku balik hari sabtu je! bukan nak berniat kurang ajar tapi sekurangnya Puan kelas kami perlu la kot timbang rasa sikit! dan yang peliknya sepanjang hari ni kitorang free cume pagi ada kelas sampai pukul 10 kenapa dia tak sibuk-sibuk nak ganti !

sumpah! aku geram sangat!

aku  rela dia buat kelas malam semat-mata aku tak nak dia kacau hari jumaat tu tapi..........

sumpah seranah yang dapat!


sekarang ni tiap kali aku fikir tentang nak balik jumaat ni hati ni makin la keluh-kesah
semakin hari kegelisahan semakin menggunung!
*geli*


Friday, December 3, 2010

TERSEKSA SANGAT!

kesian sangat pada encik belog sebab dapat tuan punye belog yang sangat pemalas untuk membelog pada 
tiap-tiap hari
(--''')
maaf yaa! CORRECTION!! bukan la malas sangat hingga mencecah tahap gaban tapi masa untuk membelog sangat la sedikit dan semakin sedikit dan semakin semakin sedikit
T_________T

oh, oke sejak menjak da dapat title mahasiswi ni banyak sangat la aktiviti yang kene buat
*bosan*

TERIMA KASIH POLITEKNIK MERLIMAU, MELAKA, sudi awak ambil saya
:) 

jadi aku baru je lepas satu sesi yang sangat mengerikan, yang sangat menjijikan dan yang sangat kejam!
*tak la teruk sangat tapi saje mengade-ngade*

hari-hari yang menyeksakan itu dipanggil MSK (minggu suai kenal)

ape yang terseksa sangat bila kitorang kene masuk tidur dalam pukul 12 lebih lepas tu kene bangun balik pukul 4 pagi! waduh! sangat sangat la menyeksakan jiwa dan raga!  zahir dan batin turut terluka!

jadi sepanjang msk tu selama 4 hari  dan setiap pukul 4 pagi akak warden akan bunyikan sairen untuk kejutkan kitorang ! sairen tak akan berhenti selagi lampu kat setiap bilik dinyalakan
bayangkan la betapa bingit dan bebulunye telinga korang bila dengar siren tu sehingga berisiko untuk menghidap penyakit kentut berdarah.. oit! ada kaitan eh telinga dengan kentut??
suke la belog aku
=_=

lepas tu kelam kabut la sume sibuk nak mandi.. masyaAllah! bilik air memang penuh la, sangat menyesakkan!
pastu pagi-pagi beratur macam askar, macam bebudak tadika atau taska pun ada pegi la surau atau PI(pusat islam) untuk solat subuh berjemaah, haah tapi time ni siape yang pempuan yang dapat mc, bak kata azwan ABC( allah bagi cuti) memang sangat la dan tersangat la best  dan sememangnya best!
time ni la masa balas dendam untuk sambung tidur tadi! huuh!
*winng~winngg~winng~winngg~*
'terbuai-buai'

dan pempuan-pempuan yang tidur ni sebenarnya dalam dilema la sama ada nak idur ke tak sebab :
1.bagaimana nak tidur dengan cantik supaya orang lain tak ejek, yela kan kita tidur secara berjemaah
^__^
2.bagaimana nak tidur dengan sopan,yela kan kat dalam surau

tapi last-last
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

lantak la pii sana! yang penting tidur laa!
T___T

hah, lagi satu yang tak suke sangat pepagi ni yela bab hidung!
dengan tanpa sebab yang munasabah dan tanpa usul periksa secara automatiknya hidung ni akan keluarkan sound system yang berbunyi begini
*sosekk..soseekk...sosekk..sooseekk..*
faham tak?
tape, saya jelaskan lagi
rasa kat hidung time tu macam tersumbat dan macam penuh dengan cecair atau nama saintifiknya hingus
tapi yang mendukacitakan apabila kita ni dok berusaha keras nak keluarkan cecair tu tapi sebenarnye tade satu titik cecair pun, tapi tak tau la kenapa hidung ni rasa penuh semacam nak kata ada sisa kumbahan rasanya macam tak ada sebab ia berdasarkan pengalaman tuan punye belog ehh...

lepas da siap solat dan tidur secara berjemaah aktiviti bersambung dengar taklimat

taklimat
-
-
-
-
taklimat
-
-
-
-
taklimat
-
-
-
-
taklimat
-
-
-
-
BOSAN!

begitu la seterusnya, selama 4 hari
=_=


p/s: pak cik dan mak cik kantin awat masak ayam dengan goreng sayur taugeh tiap hari?
seksa nohh!
p/s: tak suke pakai baju batik Politeknik Merlimau, baik-baik baju tu panjang 6 inci tapi bila da duduk,da renyuk terus singkat jadi 2 1/2 inci! cokiiaa!

Tuesday, November 23, 2010

KING sakit ):

da lame sangat nak entry bende ni tapi baru  ni berkesempatan
segala kesulitan amat la dikesali
o_O

ok...sekarang jom gosip 
n_n

sebenarnya tak de gosip pown cume nak ngadu sikit tentang my beloved KING

masuk hari ni da 5 hari sayang saya ni sakit
tak nak makan, tak nak minum, juga tak nak makan ubat

tak tawu punca dia ape, tibe-tibe je...

sayang saya semakin kurus! ouh!
sadis sangat kalau tengok keadaan dia!
tak sanggup!

mari sayang tunjuk sikit kamu da kurus
tak comel sudaaa T__T


dia hanya menghabiskan masa dengan tidur je
sampai taik mata da seguni da oleh itu pagi-pagi keje saya bersihkan 
*geli-geli*

menurut En.Bapak kemungkinan besar dia mengalami FOOD POISONING
pelbagai rawatan da cube diberi dari segi perubatan moden mahupun tradisional tapi hampeh!

teringat masa zaman sayang saya kecik-kecik
aduh! comel sangaattt!

nak tengok jugak tak?

joomm!

rindu saat dan ketika ini ):

sayang cepat-cepat sembuh ya

dan pada siapa yang membaca entry ni diharap la sangat korang mendoakan sayang saya ni
=_=

akhirnya tuan punye blog nak mempublishkan gambarnya jugak tanda sedih
):



terima kasih kerana membaca, sekian :)

Sunday, November 21, 2010

akhirnya BELIAU TERKORBAN DAN MENGORBAN

Assalamualaikum

Selamat Hari Raya Aidiladha walaupun da lepas da :)
Alhamdulliah sangat tahun ni masih dimurahkan rezeki untuk melakukan ibadat korban
*pehal pulak tiba-tiba membelog dengan nada khutbah nii,huuiiissshhh! salah! salah!*

malas bebel banyak-banyak

nah..... tengok niii!

heeeee :)

kami ambil beliau dari ladang mount austin
terima kasih cik enab kerana sudi menjadi egen kami lagi tahun ni

beliau tak mempunyai name, penah jugak hari tu nak letak nama dia tapi bapak tak setuju! huh! alaa, comel ape nama KITTY yang aku nak suggest tu kan..
bapak ni tak ada rasa jiwa la

tape...tapee

17 NEVEMBER 2010

Pagi-pagi je da dengar takbir, sayu sangat hati tu..terasa sangat sebab akak aku tak dapat cuti untuk balik beraya :(
miss u SITI FARHANA MUHAMAD

Cukup...cukup..

pagi tu memang seronok sangat sedara-mara semua datang beraya kat sini

mak dan mak cik-mak cik aku masak untuk kitorang hari tu memang superb!

tak percaya tengok nii...



memang sangat-sangat mengancam kan..

hah..sekarang mari berkenalan dengan mereka yang bertangungjawab masak untuk kami

:)

masih ada ramai lagi mak cik yang menolong tapi diorang je yang sempat siap awal untuk disnap..excited la tu masing-masing :P

lepas sarapan, masing-masing sibuk menyiapkan alatan dan para lelaki da tukar baju untuk mongorbankan beliau

tapi untuk para perempuan macam aku..

hah! snap! snap! snap!  :)



 ouh! terseksi pulak!


abis je sesi snap ni...


masa untuk mengorban


time ni aku dapat rasa sangat perasaan lembu tu..
mesti,




duupp...daapp..duuppp...daapp




tapi...ni la satu ibadat dan tanggungjawab dan beliau terpaksa berkorban ):




_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _




abis saje sesi menyembelih, kami melapah pulak..


ni lah aktivitinya :)









cube teka ni ape?
heeee :)






17 NOVEMBER 2010, MALAM


Malam tu sebelum masing-masing gerak balik rumah, kami adakan sedikit makan-makan








sangat-sangat seronok!






akhirnya, owner blog nak mengepose kan dirinya :)

NUR UMAIRAH BTE MUHAMAD




TERIMA KASIH PADA SEMUA TERUTAMA:

1.mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung ketika pengembaraan
2.pada yang sudi-sudi membantu snap kan gambar dan memberi pose ketika bergambar
3.yang ringan tulang membantu sepanjang majlis korban
4.semua diatas tak ada kene mengena dengan yang hidup mahupun mati


*sedap sangat daging korban tu, terima kasih kepada beliau*