VISITOR

Wednesday, December 22, 2010

WHAT THE HELL MAN!

secara jujurnya aku amat la marah dan tersangat la marah ketika menulis untuk entry kali ni!


KENAPA?



oke, nak dijadikan cerita aku sangat la dan terlalu la excited untuk cuti krismas ni


KENAPA?



1. perasaan untuk jumpe family termasuk king amat la berkobar-kobar, sehinggakan makan tak kenyang dan mandi tak basah
*serabai*
2. aku punye bestfriend ever, NUR FAHIMA BTE ABDUL RAHMAN turut pulang untuk meraikan cuti ini jadi perasaan semakin melonjak hingga dua tiga hari ni kat kepala otak nampak wayang kat CS jeee


jadi adakah disebabkan itu aku marah?


KENAPA?


tidak. bukan sebab tu nak marah tapi geram sangat


KENAPA?


mari lihat 
+__+

tadi kat kelas time nak pegi kelas poli bridget tibe-tibe satu suara lalat, sesungut, dan  langau atau apa-apa sahaja serangga la kan mengeluarkan dialog berbunyi begini :

'eh, tadi cikgu communicative english call aku cakap hari jumaat dari pukul 2 hingga 4 petang nak buat kelas ganti'



wait..... .....wait..... ....wait..... ....wait...... .....




tadi aku cakap ape?

ya! 

aku nak balik cuti krismas! 25 Disember jatuh pada hari sabtu, korang bole terfikir tak kalau la kelas abis pukul 4, perjalanan dari melaka ke johor bahru ambil masa sekurangnya 2 jam lebih, itu tak termasuk nak tunggu scubedubedu dan perjalanan bas hantar kitorang pergi melaka sentral! serupa aku balik hari sabtu je! bukan nak berniat kurang ajar tapi sekurangnya Puan kelas kami perlu la kot timbang rasa sikit! dan yang peliknya sepanjang hari ni kitorang free cume pagi ada kelas sampai pukul 10 kenapa dia tak sibuk-sibuk nak ganti !

sumpah! aku geram sangat!

aku  rela dia buat kelas malam semat-mata aku tak nak dia kacau hari jumaat tu tapi..........

sumpah seranah yang dapat!


sekarang ni tiap kali aku fikir tentang nak balik jumaat ni hati ni makin la keluh-kesah
semakin hari kegelisahan semakin menggunung!
*geli*


Friday, December 3, 2010

TERSEKSA SANGAT!

kesian sangat pada encik belog sebab dapat tuan punye belog yang sangat pemalas untuk membelog pada 
tiap-tiap hari
(--''')
maaf yaa! CORRECTION!! bukan la malas sangat hingga mencecah tahap gaban tapi masa untuk membelog sangat la sedikit dan semakin sedikit dan semakin semakin sedikit
T_________T

oh, oke sejak menjak da dapat title mahasiswi ni banyak sangat la aktiviti yang kene buat
*bosan*

TERIMA KASIH POLITEKNIK MERLIMAU, MELAKA, sudi awak ambil saya
:) 

jadi aku baru je lepas satu sesi yang sangat mengerikan, yang sangat menjijikan dan yang sangat kejam!
*tak la teruk sangat tapi saje mengade-ngade*

hari-hari yang menyeksakan itu dipanggil MSK (minggu suai kenal)

ape yang terseksa sangat bila kitorang kene masuk tidur dalam pukul 12 lebih lepas tu kene bangun balik pukul 4 pagi! waduh! sangat sangat la menyeksakan jiwa dan raga!  zahir dan batin turut terluka!

jadi sepanjang msk tu selama 4 hari  dan setiap pukul 4 pagi akak warden akan bunyikan sairen untuk kejutkan kitorang ! sairen tak akan berhenti selagi lampu kat setiap bilik dinyalakan
bayangkan la betapa bingit dan bebulunye telinga korang bila dengar siren tu sehingga berisiko untuk menghidap penyakit kentut berdarah.. oit! ada kaitan eh telinga dengan kentut??
suke la belog aku
=_=

lepas tu kelam kabut la sume sibuk nak mandi.. masyaAllah! bilik air memang penuh la, sangat menyesakkan!
pastu pagi-pagi beratur macam askar, macam bebudak tadika atau taska pun ada pegi la surau atau PI(pusat islam) untuk solat subuh berjemaah, haah tapi time ni siape yang pempuan yang dapat mc, bak kata azwan ABC( allah bagi cuti) memang sangat la dan tersangat la best  dan sememangnya best!
time ni la masa balas dendam untuk sambung tidur tadi! huuh!
*winng~winngg~winng~winngg~*
'terbuai-buai'

dan pempuan-pempuan yang tidur ni sebenarnya dalam dilema la sama ada nak idur ke tak sebab :
1.bagaimana nak tidur dengan cantik supaya orang lain tak ejek, yela kan kita tidur secara berjemaah
^__^
2.bagaimana nak tidur dengan sopan,yela kan kat dalam surau

tapi last-last
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

lantak la pii sana! yang penting tidur laa!
T___T

hah, lagi satu yang tak suke sangat pepagi ni yela bab hidung!
dengan tanpa sebab yang munasabah dan tanpa usul periksa secara automatiknya hidung ni akan keluarkan sound system yang berbunyi begini
*sosekk..soseekk...sosekk..sooseekk..*
faham tak?
tape, saya jelaskan lagi
rasa kat hidung time tu macam tersumbat dan macam penuh dengan cecair atau nama saintifiknya hingus
tapi yang mendukacitakan apabila kita ni dok berusaha keras nak keluarkan cecair tu tapi sebenarnye tade satu titik cecair pun, tapi tak tau la kenapa hidung ni rasa penuh semacam nak kata ada sisa kumbahan rasanya macam tak ada sebab ia berdasarkan pengalaman tuan punye belog ehh...

lepas da siap solat dan tidur secara berjemaah aktiviti bersambung dengar taklimat

taklimat
-
-
-
-
taklimat
-
-
-
-
taklimat
-
-
-
-
taklimat
-
-
-
-
BOSAN!

begitu la seterusnya, selama 4 hari
=_=


p/s: pak cik dan mak cik kantin awat masak ayam dengan goreng sayur taugeh tiap hari?
seksa nohh!
p/s: tak suke pakai baju batik Politeknik Merlimau, baik-baik baju tu panjang 6 inci tapi bila da duduk,da renyuk terus singkat jadi 2 1/2 inci! cokiiaa!

Tuesday, November 23, 2010

KING sakit ):

da lame sangat nak entry bende ni tapi baru  ni berkesempatan
segala kesulitan amat la dikesali
o_O

ok...sekarang jom gosip 
n_n

sebenarnya tak de gosip pown cume nak ngadu sikit tentang my beloved KING

masuk hari ni da 5 hari sayang saya ni sakit
tak nak makan, tak nak minum, juga tak nak makan ubat

tak tawu punca dia ape, tibe-tibe je...

sayang saya semakin kurus! ouh!
sadis sangat kalau tengok keadaan dia!
tak sanggup!

mari sayang tunjuk sikit kamu da kurus
tak comel sudaaa T__T


dia hanya menghabiskan masa dengan tidur je
sampai taik mata da seguni da oleh itu pagi-pagi keje saya bersihkan 
*geli-geli*

menurut En.Bapak kemungkinan besar dia mengalami FOOD POISONING
pelbagai rawatan da cube diberi dari segi perubatan moden mahupun tradisional tapi hampeh!

teringat masa zaman sayang saya kecik-kecik
aduh! comel sangaattt!

nak tengok jugak tak?

joomm!

rindu saat dan ketika ini ):

sayang cepat-cepat sembuh ya

dan pada siapa yang membaca entry ni diharap la sangat korang mendoakan sayang saya ni
=_=

akhirnya tuan punye blog nak mempublishkan gambarnya jugak tanda sedih
):



terima kasih kerana membaca, sekian :)

Sunday, November 21, 2010

akhirnya BELIAU TERKORBAN DAN MENGORBAN

Assalamualaikum

Selamat Hari Raya Aidiladha walaupun da lepas da :)
Alhamdulliah sangat tahun ni masih dimurahkan rezeki untuk melakukan ibadat korban
*pehal pulak tiba-tiba membelog dengan nada khutbah nii,huuiiissshhh! salah! salah!*

malas bebel banyak-banyak

nah..... tengok niii!

heeeee :)

kami ambil beliau dari ladang mount austin
terima kasih cik enab kerana sudi menjadi egen kami lagi tahun ni

beliau tak mempunyai name, penah jugak hari tu nak letak nama dia tapi bapak tak setuju! huh! alaa, comel ape nama KITTY yang aku nak suggest tu kan..
bapak ni tak ada rasa jiwa la

tape...tapee

17 NEVEMBER 2010

Pagi-pagi je da dengar takbir, sayu sangat hati tu..terasa sangat sebab akak aku tak dapat cuti untuk balik beraya :(
miss u SITI FARHANA MUHAMAD

Cukup...cukup..

pagi tu memang seronok sangat sedara-mara semua datang beraya kat sini

mak dan mak cik-mak cik aku masak untuk kitorang hari tu memang superb!

tak percaya tengok nii...



memang sangat-sangat mengancam kan..

hah..sekarang mari berkenalan dengan mereka yang bertangungjawab masak untuk kami

:)

masih ada ramai lagi mak cik yang menolong tapi diorang je yang sempat siap awal untuk disnap..excited la tu masing-masing :P

lepas sarapan, masing-masing sibuk menyiapkan alatan dan para lelaki da tukar baju untuk mongorbankan beliau

tapi untuk para perempuan macam aku..

hah! snap! snap! snap!  :)



 ouh! terseksi pulak!


abis je sesi snap ni...


masa untuk mengorban


time ni aku dapat rasa sangat perasaan lembu tu..
mesti,




duupp...daapp..duuppp...daapp




tapi...ni la satu ibadat dan tanggungjawab dan beliau terpaksa berkorban ):




_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _




abis saje sesi menyembelih, kami melapah pulak..


ni lah aktivitinya :)









cube teka ni ape?
heeee :)






17 NOVEMBER 2010, MALAM


Malam tu sebelum masing-masing gerak balik rumah, kami adakan sedikit makan-makan








sangat-sangat seronok!






akhirnya, owner blog nak mengepose kan dirinya :)

NUR UMAIRAH BTE MUHAMAD




TERIMA KASIH PADA SEMUA TERUTAMA:

1.mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung ketika pengembaraan
2.pada yang sudi-sudi membantu snap kan gambar dan memberi pose ketika bergambar
3.yang ringan tulang membantu sepanjang majlis korban
4.semua diatas tak ada kene mengena dengan yang hidup mahupun mati


*sedap sangat daging korban tu, terima kasih kepada beliau*


Saturday, November 20, 2010

DEPAVALI MEMORY~

Mood untuk membelog semakin tak ada..huhu..tak tawu kenapa ):

but,

here have a some story :)


Rasanye masih tak lambat untuk mengucapakan Selamat Hari Depavali
so hari tu kami Nur Fahima dan saya ke rumah Nithya

kami dihidangkan dengan makanan favourite kami MURUKU!


Masih terasa keenakan muruku tu dicelah-celah gigi :)

THANKS MY DEAR NITHYA <3


miss kamu kawan :)


so musim-musim depavali ni teringat satu story~

Masa kami sekolah kami ada beberapa kawan indian la
yashinta, logerswary dan thevaki 

dan setiap kali musim raya diorang je kawan kami terutamanya 
THEVAKI  akan jemput kami ke rumah dia..

Masa aku form4 aku tak pergi rumah dia sebab aku time tu  sibuk la kot

tapi,

time form5 dia begitu bersungguh-sungguh ajak kitorang
demi menjaga hati dan perasaan dia kitorang pun pegi la..
dengan bersungguh-sungguh dia cakap

"korang jangan risau saya tak makan b**i, tak ada anjing pun rumah saya,jangan takut la"

jadi berbekalkan semangat yang ada, kitorang pun pegi la tanpa rasa ragu-ragu dan was-was


~KETIKA DI RUMAH DIA~


Sampai je kat rumah dia da hampir-hampir waktu asar
dengan gembira dan megahnya dia berkata,

"mari la masuk, mak saya masak nasi beriyani taw untuk korang"

waaahhhh!
budak-budak ni dengar beriyani lagi la meleleh nak makan dah la masing-masing pergi dengan perut yang lahap, memang nak memerut je :)

kitorang pun terus pegi dapur capai pinggan , cedok nasi dengan lauk
peerrrggghhh! kene pulak dengan ayam masak merah dengan acar timun carrot kan.. memang keras la kat situ
ada yang bertambah-tambah, tapi aku rilek beb
makan sekadar kenyang *geli-geli sudaa*

da abis melahap..
blah laaa!

~KEESOKAN HARINYA DISEKOLAH~

KECOH!

ada yang cakap......

"korang pergi rumah dia, eh! dia makan labi-labi taw!"

labi-labi?

menurut kamus dewan bahasa dan pustaka :

labi-labi adalah spesis haiwan dua alam

hah?

dua alam?

biar betik?

terngiang-ngiang cikgu cakap

--------------------------------


"KITA SEBAGAI UMAT ISLAM DIHARAMKAN MAKAN BINATANG DUA ALAM CONTOHNYA KATAK"

ape yang terjadi kepada kami?

menurut islam kalau benda tu kita tak tahu, tak sengaja tak ape kan..kan..kan..
T___T

harap-harap begitu la..

nasib baik la tahun tu kitorang form5, final year kalau tak. tak tawu nak bagi alasan ape tak nak pergi rumah dia..

^___^

*rindu sangat dengan zaman sokolah, walau yang nyatanye boring sangat!*

Wednesday, November 10, 2010

TERTIPUU KAAA...?

'Berlaku kira-kira 2 hari yang lepas'


Now, lets story........


Nak dijadikan cerita dua hari lepas la kot aku dengan bestfriend aku, NUR FAHIMA ABDUL RAHMAN pegi teman aku belanja barang sikit untuk bawak pegi study...

Selesai je aku dengan dia beli barang, kitorang pun tunggu la bas untuk balik tengah syok-syok duduk sambil minum coolblog*favourite tuuuu* datang laa sorang hamba Allah ni....

Tak pasti bangsa ape ,tak pasti agama apee..
Tapi look macam india, kalau betul sah-sah agama hindu kan...
*hanya kemungkinan semata-mata*

Dia bersuara....

'akak...bole bagi saya 2 ringgit tak? saya mau balik naik bas tapi tada duit..pleess kak'

Serta-merta aku pandang eyma...

Tapi eyma...

Donnooo jee kan...

Ya...aku akan memahami sangat dia macam tu..
Dia bukan senang tertipu..


TERTIPU??

Aku bukan bodoh la kot...kalau bole aku pun tak nak kene tipu..
Tapi rasa simpati tu meluap-luap..
rasa kasihan tu menyala-nyala...
*ayat memang tak bole blah kan*

Aku memang PANTANG dalam bab-bab camni...

SUMPAH!

Aku akan jadi tak sampai hati sangat...sebak la kot...aku bukak beg dompet.. huh! aku ada bape keping duit 10 ringgit dengan sekeping duit singgit..

Aku tarik diut singgit tu.. lagi singgit?

HHMMMMMMM

Aku buka tempat zip, cari duit syilling..
tapi jumpe 50 sen je...lagi 50 sen?

Dengan agak was-was+ragu-ragu+teragak-agak...

Aku pandang eyma...harapkan simpati dia..

Yaa..dia memahami sangat...

'nah amek ni 50 sen'

'alaa..eyma kau bagi laa dia...dia kan dekat dengan kau'

'iiisshhh! tak nak aku...kau laa bagi...'

'tapi kau kan dekat...?'

Eyma pun hulur la kat dia...


TAPI !

Dia pergi tanpa cakap sepatah haram pun! huh!
Ape la salahnye cakap TERIMA KASIH
Tak pun THANK YOU ke..
Ataupun NANDRHI*aku masih bole memahaminya yaa* ke....

Ni tak, blah gitu je kan..

Bukan tak ikhlas eh...sumpah tak terniat pun..tapi ingat
ORANG BERBUDI, KITA BERBAHASA LA...

TAPI !
*Berapa banyak tapi la daa*

Yang agak pelik nye kan, dia cakap 2 ringgit tu dia nak buat tambang bas tapi kenapa bila aku bagi je 2 ringgit tu dia terus blah....kalau betul dia nak buat tambang bas kenapa dia tak tunggu je saing-saing aku...?

Yang pastinya aku nampak dia, berjalan terus ke arah kedai-kedai kat situ.. bila aku nak intip-intip lagi, tengok-tengok je bayang pun da tak nampak...

Huh! Sudaaaa...


Sampai je kat rumah, malam tu aku cerita dengan bapak aku...

*POTPETPOOTPEETPOTPETPOOTPEET*
*bukan bunyi kentut eh..tapi suara mengepoh*


Sesudah je aku bercerita....
Bapak cakap....


'uoohh! kalau macam tu, dia nak beli todi *atau lebih sopan arak* la tu..'

Huh? Tapi saya pun ada rasa ape yang bapak cakap tu ada betol jugak...

Tape la jika betul dia menipu, tu urusan dia dengan Allah..
sekurang-kurangnye aku da tolong....

Tapi kalau korang sendiri tengok keadaan dia...

Dengan baju kotor,koyak lagi *ouh!seksi!*
Seluar lusuh dia, selipar cabuk lagi...
Sumpah! memang tak sampai hati...

Betul atau tak dia menipu, tu terserah....

ALLAHUALLAM

:)




Sunday, November 7, 2010

DIA pergi mana?

last awak call saya malam khamis

Petang tu awak cakap ada game badminton

Awak pergi dengan kawan-kawan awak

sebelum awak pergi awak call saya,awak cakap...

'you, i nak pergi game badminton dengan kawan-kawan ni, nanti malam i da balik kita message eh'

dengan agak sukacitanya saya jawab

'ouh..ok..ok..im wait for u eh...take care yaaa'


*MALAM TIBA*

saya tunggu awak message...
pukul 8: tunggu awak
pukul 9 : tunggu awak lagi..


saya hampir-hampir nak marah awak....

pukul 10 : handphone saya bunyi

cepat-cepat saya lari

YAA! AWAK CALL!

'Assalamualaikum, umairah ada tak?'

awak masih nak gurau kan..tapi...tapee..
sumpah tak marah awak langsung saya tau , saya bukan siapa-siapa kat awak..

saya jawab dengan bergurau jugak

'Da call no umairah mestilah umairah ada...apee laaa'

awak ketawa....lama sangat tak dengar suara tu...

awak cakap lagi..agak sedih bila awak cakap ni..

'you sorry eh..malam ni rasa tak dapat message la...penat sangat ni...tadi kan main badminton.. i menang tau...huhu'

tak message?  ):
tak apeee..sumpah saya okey... ):

'penat eh? ouh...tapee..tapee..next time pun bole message kan.. pegi la rest,tido..'
*sangat-sangat tak jujur*

'Okey...sorry eh... pape pun thanks eh..byee..nyteess'

'byeee...nyteess too'

*SIANG TIBA*

tengah hari tu kawan saya, Byha text..
textnya berbunyi begini...

'mai, mai kat mana? byha rindu sangat dengan mai...jumpe jom?'

sesungguhnya heppy sangat
hampir 4 bulan tak jumpe...atau lebih kot..

saya reply

'yeeaah! okey dear...lagipun hari ni eyma balik...so petang esok jumpe la... kat mana? pukul bape?'

byha reply

'esok pukul 3 byha ambik mai...byha drive..ada abyll,eyma sekali'

ouh! sumpah! takk sabar sangat jumpe kalian!
*sambil meloncat keriangan,sampai mak sound "GILA EHH?"*


*MALAM TIBA LAGI*

malam tu saya tunggu awak message lagi..
tapi...

tapi...

hampa...

ya...tak patut...

tak patut sangat tunggu message awak...

tapi saya tak nak putus asa...

tapee..esok saya tunggu lagi ehh...

maaf kalau awak tak sukee..

maaf sangat...

*SIANG TIBA LAGI*

petang tu saya siap-siap
kan saya nak keluar dengan  byha, abyll,eyma

masa tengah siap-siap

saya fikir awak..... T___T

saya terus message awak
saya cakap

'you. i nak pergi jusco jap dengan kawan i...tapee kan..?'

tapi sedih...

awak tak balas pun..

tak respon pun...

kenapa...? ):


*MALAM LAGI AKHIRNYA*

sepanjang keluar dengan kawan saya

kejap-kejap tengok handphone

kejap-kejap tengok handphone...

last-last saya penggang handphone

takot awak message....

nanti lambat pulak saya balas...

tapi...

kenapa tetap hampa..


hmmmmmmmmm


sampai je rumah pukul 10 malam

saya masuk bilik terus call no awak...

sumpah...

saya nak tau tentang awak..!


*tuutt tuuuttt, tuuut tuuut*

ada orang angkat...

yeaah!

tapi..

kenapa suara awak lain...?

tak!

itu bukan awak!

orang tu cakap

'hah..hello..ni abang dia ni.. sekarang family kitorang ada problem sikit ni.. nanti saya pesan dengan dia call awak balik eh'
terkejut
besar sangat ke masalah tu..?

kenapa sampai susah nak angkat call dengan reply message saya?

ape lagi yang saya patut jawab?
nope....
ni jela yang keluar.....

'ouh..tape la kalau macam tuu.. terima kasih.. Assalamualaikum'


kalian, masuk hari ni da 3 hari dia tak contact saya...

mana dia pergi sebenarnya..?

saya cuba lagi call dia tapi...

tak ada answer...

saya message lagi tapi...

tak reply..

sumpah! dia tak pernah macam ni...

saya takut kalau ada ape-ape jadi...

saya risau..

saya ada no mak dia, tapi patut sangat ke saya call mak dia..?

saya tak tau...buntu sangat...

Ya Allah..... ):